Mula membina projek inovasi berasaskan mikropengawal, elektronik, dan robotik hari ini!
Dicipta oleh
Kemas kini pada 10/2026
Arduino adalah sebuah mikropengawal yang boleh digunakan untuk membina prototaip inovasi berasaskan elektronik dan pengaturcaraan komputer.
Di dalam kursus ini, pelajar akan belajar cara membina projek elektronik & robotik menggunakan Arduino dan Pictoblox. Ianya amat sesuai untuk mereka yang ingin mula belajar mengenai mikropengawal Arduino, asas elektronik, & pengaturcaraan (programming).
Pictoblox merupakan sebuah perisian yang membolehkan pengguna membina pengaturcaraan untuk papan litar Arduino menggunakan bahasa pengaturcaraan berasaskan blok.
✅ Membina projek elektronik & programming
✅ Membina projek robotik
✅ Membina projek Internet of Things
✅ Memahami pengaturcaraan komputer Merealisasikan sesebuah idea inovasi

Disamping itu, konsep-konsep asas berkaitan pengaturcaraan juga akan ditekankan bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan asas yang kukuh untuk memulakan perjalanan mereka di dalam pembangunan projek Arduino & pengaturcaraan komputer.

En. Mohd Qhairul merupakan seorang jurutera & pembangun perisian yang berpengalaman di dalam bidang robotik, sistem terbenam, elektronik, aplikasi web, & internet of things. Beliau juga merupakan pengasas kepada platform Denakan Technologies, Digilearn Academy & Digilearn e-Kursus.

Good but hard to ask
It was a good learning session where each phase of learning is accompanied with step by step video and not to mention the pictoblox. Highly recommended for those who are staring to learn arduino
Sangat bagus untuk beginner yang nak belajar tentang Arduino. Lebih mudah faham berbanding belajar sendiri daripada buku. Very recommended.