Jualan Hari Gaji — jimat sehingga 50% untuk kursus terpilih. Tamat dalam --:--:--
Untuk individu berpengalaman & berkemahiran

Ubah pengetahuan anda menjadi pendapatan — Jom mengajar di Digilearn.my

Sertail komuniti pembelajaran dalam talian di Asia Tenggara yang semakin berkembang. Cipta kursus dan dapatkan capaian kepada pelajar di seluruh dunia. Jana pendapatan setiap kali seseorang mendaftar untuk kursus anda.

Mula Mengajar Hari Ini Penyertaan percuma  ·  Tanpa sebarang kos
Instructor recording a lesson on Digilearn.my
Kenapa Digilearn

Kenapa instruktor memilih untuk mengajar di sini

Segala yang anda perlukan untuk mengubah pengetahuan anda kepada sebuah kursus dan menjana pendapatan daripadanya — tanpa perlu bergelut dengan kerumitan mengurus laman web, trafik, pembayaran, mahupun hosting video.

Jana pendapatan dengan cara anda

Tetapkan harga kursus anda sendiri dan jana pendapatan yang adil bagi setiap pendaftaran. Bayaran dihantar terus ke akaun bank anda.

Capai pelajar dari seluruh dunia

Kursus anda boleh dibeli oleh pelajar daripada seluruh dunia — kami uruskan pemasaran dan sistem bayaran antarabangsa untuk anda.

Kami hoskan video anda

Muat naik video pembelajaran anda dan kami akan uruskan penstriman video yang pantas dan selamat — tanpa sebarang kos kepada anda.

Kawalan kreatif sepenuhnya

Anda tentukan apa yang anda ajar dan bagaimana anda menyusunnya. Bina kursus mengikut gaya pengajaran anda sendiri, dalam apa jua bahasa.

Bina jenama anda sendiri

Bina portfolio & biografi yang boleh anda kongsi menggunakan link untuk mempromosi jenama mahupun personal branding anda.

Analitik untuk anda berkembang

Akses analisis pelawat ke laman kursus anda — Sokongan FB Pixel dan conversion API jika anda ingin membuat pemasaran sendiri.

Anda mempunyai sesuatu topik untuk diajar? Mari kongsikannya dengan ramai orang.

Daftar untuk menjadi instruktor sekarang.

Prosesnya

Cara menjadi instruktor

Dari permohonan hingga pembayaran pertama anda — inilah yang akan berlaku.

1

Mohon

Beritahu kami serba sedikit tentang diri anda — bidang anda, maklumat kontak, dan kaedah bayaran ke akaun anda. Memerlukan kira-kira 5 minit.

2

Menunggu semakan

Pasukan kami akan menyemak permohonan anda. Setelah diluluskan, akaun instruktor dan profil pengajar anda akan diaktifkan.

3

Bina kursus

Gunakan sistem pengurusan kursus kami untuk menyusun pelajaran anda, memuat naik video, dan menetapkan harga — kemudian terbitkan apabila anda bersedia.

4

Mula menjana pendapatan

Apabila pelajar mendaftar untuk kursus anda, anda memperoleh pendapatan daripada setiap jualan, hasil akan dikreditkan ke akaun bank anda.

Soalan

Soalan Lazim

Tidak. Yang paling penting ialah anda mempunyai pengetahuan atau kemahiran sebenar tentang topik yang anda ingin kongsi dan boleh menerangkannya dengan jelas.

Anda menetapkan harga kursus anda sendiri, dan anda memperoleh pendapatan daripada setiap pendaftaran — pendapatan anda meningkat mengikut bilangan pelajar yang anda capai dan bilangan kursus yang anda terbitkan. Tiada had.

Mendaftar sebagai instruktor adalah percuma, dan tiada sebarang kos untuk menerbitkan kursus anda.

Tidak semestinya — gambar dan audio yang jelas & bersih daripada telefon atau webcam asas sudah mencukupi untuk anda bermula. Apa yang penting ialah kandungan anda jelas dan berguna.

Pembayaran dihantar terus ke akaun bank yang anda berikan semasa permohonan. Bayaran dibuat seminggu sekali. Anda boleh menjejak pendapatan anda pada bila-bila masa daripada dashboard instruktor anda.

Pasukan kami meneliti setiap permohonan secara peribadi, dan kebanyakan permohonan diteliti dalam 3 hari bekerja.

Sedia untuk berkongsi pengetahuan anda?

Sertai Digilearn.my dan mula membina kursus yang boleh membantu ramai orang hari ini!

Mula Mengajar Hari Ini