Robotik merupakan salah satu cabang sains & kejuruteraan berkaitan pembinaan robot. Ianya merangkumi kemahiran pengaturcaraan dan susunan litar elektronik.
“Tahukah anda, kemahiran membina robot & pengaturcaraan kini boleh dipelajari seawal usia 9 tahun menggunakan software dan kit pembelajaran mesra kanak-kanak.”
Di dalam bengkel ini, peserta akan belajar cara membina robot menggunakan pengawal Arduino dan perisian pengaturcaraan mesra kanak-kanak. Selain itu, asas sambungan litar elektronik juga akan diterangkan.
Digilearn Academy merupakan sebuah anak syarikat Denakan Technologies yang berpengalaman mengendalikan kursus-kursus teknologi digital di seluruh Malaysia. Berikut antara program yang pernah kami anjurkan:
Kami menjemput para ibubapa/penjaga yang berada di Kota Samarahan, Kuching, & kawasan sekitar untuk meluangkan masa bersama anak-anak di dalam bengkel robotik & elektronik ini.
8 April 2023 (Sabtu)
Slot penuh
9 April 2023 (Ahad)
Slot penuh
9 Pagi – 1 Petang
Bilik Kuliah, Dewan Suarah
Kota Samarahan, Sarawak.
En. Mohd Qhairul Bin Bakri
Lead Robotic Trainer @ Digilearn Academy
Nota:
a. Peserta perlu membawa laptop masing-masing.
b. Ibubapa/penjaga boleh turut serta bersama anak-anak.
c. Peralatan set robotik akan disediakan oleh pihak penganjur.
d. Bengkel ini sesuai untuk kanak-kanak & remaja berumur 9-17 tahun.
Harap maaf, pendaftaran untuk program ini telah ditutup. Sila daftar untuk menyetai Waiting List kami dan jadi yang terawal untuk mendapatkan makluman berkenaan program kami yang akan datang
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian WhatsApp. Klik butang di bawah:
Copyright © 2023 Digilearn Academy. Another subsidiary of Denakan Technologies.