Bengkel Asas Elektronik
Selamat datang ke bengkel asas elektronik yang direka khas untuk minda muda yang ingin meneroka dunia elektronik yang menarik! Di dalam bengkel ini, peserta akan diperkenalkan dengan pengaturcaraan, elektronik dan menyelesaikan masalah menggunakan platfrom Arduino yang serba boleh.
Apa itu Arduino?
Arduino merupakan sebuah platform ‘open-source’ untuk membina prototaip berasaskan eletronik. Ini termasuklah papan mikropengawal Arduino Uno yang sangat popular dikalangan penggemar hobi elektronik. Papan mikropengawal ini boleh diprogramkan dan disambung dengan pelbagai komponen elektronik lain seperti perintang, LED, push button, mahupun sensor untuk menghasilkan reka cipta ataupun prototaip sesebuah sistem berasaskan elektronik.
Kenapa belajar asas elektronik?
Kemahiran pengaturcaraan merupakan kemahiran yang bernilai tinggi pada era digital masa kini dan masa hadapan. Dengan menguasai kemahiran ini, seseorang boleh membangunkan teknologi & inovasi digital seperti perisian komputer dan robotik yang semakin mendapat permintaan tinggi baik dari segi peluang perniagaan mahupun pekerjaan profesional. Selain itu, pembelajaran pengaturcaraan untuk kanak-kanak dapat:
- Memupuk literasi digital
- Membuka peluang untuk anak anda berinovasi
- Melatih kemahiran menyelesaikan masalah & pemikiran kritikal
- Sebagai hobi yang berpaksikan kemahiran profesional
- Menukarkan tabiat ketagihan gajet & permainan video berlebihan ke arah yang lebih positif
Di dalam bengkel ini, peserta akan belajar:
- Mengenal pengawal mikro, komponen asas elektronik dan input/output
- Menggunakan fungsi asas pengaturcaraan
- Membina litar elektronik
- Cara menganalisis masalah
- Merangka pelan pengaturcaraan
Setiap peserta akan diberikan:
- Sijil Penyertaan
- Sarapan Pagi
- Makan Tengah Hari
- Minum Petang
Siapakah kami?
Digilearn Academy merupakan sebuah anak syarikat Denakan Technologies yang berpengalaman mengendalikan kursus-kursus teknologi digital di seluruh Malaysia. Berikut antara program yang pernah kami anjurkan:
Bengkel Internet of Things (UiTM)
Bengkel Robotik (UniMAP)
Bengkel Robotik & Elektronik
Seramai
Pelajar seluruh Malaysia sudah menyertai bengkel ini
Bengkel Asas Elektronik akan berlangsung pada:
17 Ogos 2024 (Sabtu)
8:30 Pagi – 5:00 Petang
Dewan Suarah
Kota Samarahan, Sarawak.
17 Ogos 2024 (Sabtu)
8:30 Pagi – 5:00 Petang
Bilik Kegiatan, Dewan Suarah Kota Samarahan, Sarawak
Inilah masanya untuk memberi pendedahan awal kepada anak anda terhadap asas elektronik dan pengaturcaraan.
Berapakah yuran penyertaan?
RM100
sahaja
Nota: Setiap peserta perlu membawa laptop masing-masing
Tinggal
Jom! Daftarkan anak anda sekarang
Sila lengkapkan borang di bawah ini & pihak kami akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya
