Bengkel Robotik & Elektronik @ Kota Samarahan, Sarawak

Sesuai untuk kanak-kanak & remaja berumur 9-17 tahun bersama ibubapa & penjaga masing-masing. Jom bawa anak anda untuk turut serta! Penyertaan adalah PERCUMA.

Apa itu Robotik?

Robotik merupakan salah satu cabang sains & kejuruteraan berkaitan pembinaan robot. Ianya merangkumi kemahiran pengaturcaraan dan susunan litar elektronik.

“Tahukah anda, kemahiran membina robot & pengaturcaraan kini boleh dipelajari seawal usia 9 tahun menggunakan software dan kit pembelajaran mesra kanak-kanak.”

Bagaimana untuk membina robot?

Di dalam bengkel ini, peserta akan belajar cara membina robot menggunakan pengawal Arduino dan perisian pengaturcaraan mesra kanak-kanak. Selain itu, asas sambungan litar elektronik juga akan diterangkan.

Siapakah kami?

Digilearn Academy merupakan sebuah anak syarikat Denakan Technologies yang berpengalaman mengendalikan kursus-kursus teknologi digital di seluruh Malaysia. Berikut antara program yang pernah kami anjurkan:

Bengkel Asas Pengaturcaraan Scratch (Kota Samarahan)
Bengkel Scratch Kota Samarahan
Bengkel Robotik & Elektronik Sekolah Rendah (Perlis)
Bengkel Pengaturcaraan Robotik & Elektronik (UTC, Perlis)

Kami menjemput para ibubapa/penjaga yang berada di Kota Samarahan, Kuching, & kawasan sekitar untuk meluangkan masa bersama anak-anak di dalam bengkel robotik & elektronik ini.

Bengkel akan berlangsung pada:

8 April 2023 (Sabtu)

Slot penuh

9 April 2023 (Ahad)

Slot penuh

9 Pagi – 1 Petang

Bilik Kuliah, Dewan Suarah 

Kota Samarahan, Sarawak.

Penyertaan_adalah_PERCUMA3-removebg-preview

Tempat terhad kepada 30 peserta

 

Tinggal

Lagi kekosongan
30

Perkenalkan trainer anda

En. Mohd Qhairul Bin Bakri
Lead Robotic Trainer @ Digilearn Academy

 

Nota:

a. Peserta perlu membawa laptop masing-masing.
b. Ibubapa/penjaga boleh turut serta bersama anak-anak. 
c. Peralatan set robotik akan disediakan oleh pihak penganjur.
d. Bengkel ini sesuai untuk kanak-kanak & remaja berumur 9-17 tahun.

Jangan lepaskan peluang untuk memberi pendedahan awal kepada anak anda terhadap kemahiran robotik.

Jom sertai sekarang! Hantarkan penyertaan melalui borang di bawah

Harap maaf, pendaftaran untuk program ini telah ditutup. Sila daftar untuk menyetai Waiting List kami dan jadi yang terawal untuk mendapatkan makluman berkenaan program kami yang akan datang 🙂

Waiting List Bengkel Samarahan

Maklumat Ibubapa/Penjaga


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian WhatsApp. Klik butang di bawah:

Copyright © 2023 Digilearn Academy. Another subsidiary of Denakan Technologies.